×

Iman Fitrah Manusia-Pendidikan Syariah Islam Tingkatan4&5

Assalamualaikum , pada posting kali ini saya ingin membahaskan Tajuk AKIDAH ISLAM Iman Fitrah Manusia.
Bissmillah : Ingatlah (wahai Muhammad)ketika tuhanmu mengeluarkan keturunan Adam daripada tulang belakang mereka , dan ia menjadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri. Allah berfirman bukankah Aku Tuhan kamu?Mereka berkata: Benar , kami menjadi saksi .Hal demikian ini supaya tidak diberitahu tentang perkara ini - [Surah Al-A'rakf : 172]

1. Ayat di atas menerangkan hakikat keimanan manusia kepada Allah Taala sebagai pencipta alam ini yang berhak disembah
2.Sejak di alam roh lagi manusia mengakui kewujudan Allah S.W.T sekalipun pada lahirnya mereka engkar dan tidak beriman tetapi pada fitrahnya mereka tetap mengakui kewujudan Allah S.W.T

Pengertian Iman


1.Iman ialah percaya kepada Allah S.W.T dengan pengakuan di hati berikrar di lidah dan melaksanakan dengan anggota terhadap segala perintah dan ajaranNya
2.Iman juga boleh ditakrifkan dengan mentauhidkan Allah S.W.T ..,patuh ,tunduk dan Jujur hati kepada perintahnya serta mengakui Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah untuk menyapkan Risalah Islam Kepada umat manusia
3.Fitrah pula bermaksud perasaan naluri atau sifat semulajadi manusia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T seperti keinginan untuk makan minum bergaul bermasyarakat , berkeluarga dan beragama. Secara fitrahnyamanusia perlu kepada agama .Kerana keaadaan manusia yang bersifat lemah akal dan fikiran , perlu kepada bimbingan dan panduan daripada agama . Tanpa agama , manusia akan sesat bahkan lebih sesat daripada binatang . Firman Allah S.W.T yang berbunyi : MEREKA SEPERTI BINATANG , BAHKAN LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG ( Surah Al-A'raf :179).. CUKUP SETAKAT INI Pengertian Iman Iman Fitrah Manusia ....

Perbezaan Antara Masyarakat Yang Beriman Dan Masyarakat Tidak Beriman



Rasanya pada bahagian ini kita mampu menjawab dengan hanya mengunakan Pemikiran secara logik . Tetapi Saya ingin juga memberi sedikit Perbezaan Antara Masyarakat Beriman Dan Masyarakat TIdak Beriman

[[Masyarakat Beriman]]

# Menjadikan Al-Quran Dan as-Sunnah sebagai panduan dan sumber rujukan Hidup

# Jika dia ingin melakukan sesuatu dia akan berpandukan syariat dan nilai-nilai kemanusiaan

# Tidak akan melakukan jenayah kerana mereka patuh Kepada Larangan Allah S.W.T
[[Masyarakat Tidak Beriman]]


# Cenderung kepada Logik akal fikiran dan hawa nafsu semata-mata

# Tindakan mereka bertentangan dengan syariat dan didorong oleh hawa nafsu

# Kerap melakukan jenayah dan kerosakkan di muka bumi kerana di dorong sifat tamak dan bertindak mengikut hawa nafsu.



Nota Ini Tidak Lengkap 100% saya bakal update dan memberi Soalan Dari Buku Sekian.....

Creatif By : Unknown | Belajar Dengan Smart

Terimah Kasih telah membaca artikel Iman Fitrah Manusia-Pendidikan Syariah Islam Tingkatan4&5 . Yang ditulis oleh Unknown .Pada hari Tuesday, January 21, 2014 . Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat dipersilakan sebar, mohon sertakan sumber link asli. Sila berikan kritikkan yang membina di kotak komen Terima Kasih




Author: - 5:09 AM

3 comments

  1. Replies
    1. Terima kasih kerana sudi melawati blog ku ini

      Delete
  2. Boleh saya tahu siapakah sheikh yang membaca ayat itu?

    ReplyDelete

Kotak komen ini disediakan untuk menanya soalan . Disamping itu anda bisa mengkongsikan ilmu yang anda merasakan bermanfaat . Jika tiada Account Seperti Gmail untuk Mempubliskan Komen sila gunakan Anonymous Users

Download Our ToolBar

Get our toolbar!

Pesanan Admin

Khairulanwar

Share ilmu yang bermanfaat itu inshaAllah banyak manfaat nya . Jika kedekut ilmu pasti ilmu susah nak bertambah [[ Sharing Is Caring ]]